Daging keldai liar Hukum_Memakan_Daging_Haiwan_Mamalia_Maun_(Mamalia_Hebivor)_Menurut_Islam

Daging Keldai Liar adalah berlainan dengan daging keldai belaan dan tunggangan biasa, ianya lebih panas, kering, mengenyangkan dan mampu menambah kuantiti darah.

Hadis Rasulullah tentang kebenaran memakan daging keldai;

Dari Abu Qatadah RA, bahawasanya mereka bersama-sama Rasulullah SAW pada (waktu)sebahagian Umrah. Abu Qatadah memburu keldai liar, lalu Rasulullah SAW menyuruh mereka memakannya(daging keldai buruan itu), sedangkan mereka sedang melakukan Ihram. Abu Qatadah sendiri tidak turut melakukan Ihram”.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)(Asy-Syaikhan)

Dari Jabir bin Abdillah RA, ia berkata; “Pada waktu Perang Khaibar, kami memakan daging kuda dan (daging) keldai liar (yang bukan dari peliharaan)”.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Berdasarkan penyataan hadis diatas, jelaslah bahawa Nabi Muhammad SAW membenarkan umat Islam untuk memakan daging keldai liar (bukan dari jenis belaan / tunggangan). Abu Qatadah yang memburu keldai liar ketika itu tidaklah ia berada dalam Ihram kerana, orang yang masih dalam Ihram adalah dilarang untuk memburu. Tetapi memakan daging haiwan buruan yang halal adalah dibolehkan kepada orang yang memburu ataupun tidak memburu samaada ianya dalam keadaan berIhram ataupun tidak.